Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Enihcam Sdn Bhd yang telah memberi peluang untuk saya
menjalani Latihan Industri di Syarikatnya. Sepanjang saya menjalani Latihan
Industri di Syarikat tersebut banyak maklumat dan pengetahuan yang saya dapat.
Walaupun begitu, masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki
agar program ini lebih berkesan. Setelah menjalani program Latihan Industri ini
ingin saya mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan bagi kebaikan
bersama, sekiranya cadangan dan saranan yang saya kemukakan ini bercanggah
dengan pendapat syarikat, saya ingin meminta maaf.
Antara cadangan dan saranan ini adalah:-
- Sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan para pelajar yang sedang menjalani program Latihan Industri.
- Lebih mendedahkan pelajar dengan pelbagai kerja agar pelajar dapat mempraktikan segala ilmu yang dipelajari serta pengalaman yang sedia ada.
- Tempatkan pelajar di bahagian atau sektor yang berkenaan dengan kursus yang diambil.
- Jangan memaksa pelajar melakukan benda yang membahayakan oleh kerana pelajar tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman membuat kerja-kerja operator
- Mewujudkan papan tanda keselamatan agar tahu dimana yang hendak patuhi
No comments:
Post a Comment