Selama satu semester menjalani Latihan Industri, banyak
pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala
pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan
diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar sekarang. Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau
teori yang dipelajari. Ini jelas dengan
konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan
hilang dan tidak akan memberi apa - apa kesan.
Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah
dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah - ubah.
Sepanjang saya menjalani latihan industri, terdapat banyak
perubahan daripada sudut pembelajaran, persekitaran, pekerjaan dan pergaulan sesama rakan sekerja. Ia secara langsung dapat meningkatkan
dedikasi dan bersikap rasional terhadap diri saya sendiri. Sekiranya latihan
ini tidak diadakan maka keadaan yang agak sukar akan dilalui oleh para pelajar
untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Oleh itu, didapati bahawa latihan
ini amat penting dan banyak mendatangkan kebaikan dari keburukan kepada
pelajar.
Akhirnya setelah berjaya mengikuti Latihan Industri ini,
pelatih dapat melihat sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berdepan
dengan pahit manis semasa latihan dijalankan. Di sini saya ingin memohon maaf
sekiranya terdapat salah silap sepanjang saya berada di R&D dan Production ini.
Staf-staf R& D dan Operator , terima
kasih kerana telah menerima dan melayan saya dengan baik serta memberi tunjuk
ajar dengan penuh keikhlasan. Semoga Allah membalas jasa anda semua.
Insyallah.Amin...
No comments:
Post a Comment