Kemampuan untuk membina kecemerlangan dan daya usaha serta
sikap bersaing adalah perlu kepada semua pelajar. Adanya latihan industri untuk
semua pelajar Politeknik di Malaysia membuktikan kemampuan untuk mencipta
kecemerlangan akan tercapai. Pihak Politeknik telah menetapkan bahawa setiap
pelajar di semester empat (Diploma Pengaturcaraan) wajib menjalani latihan
industri bagi memenuhi syarat kelayakan memiliki diploma.
Syarikat swasta atau badan-badan kerajaan perlu memberi
kerjasama dalam menjayakan latihan industri supaya para pelajar dapat merasai
alam pekerjaan sebenar. Tugasan yang pelajar perolehi dari tempat latihan
industri merupakan amalan praktikal yang di pelajari secara teori sebelum ini.
Tempoh yang di tetapkan oleh pihak Politeknik kepada para pelajar untuk
menjalani latihan industri ialah selama lima bulan atau 20 minggu.
No comments:
Post a Comment