Objektif Latihan Industri
Program Latihan Industri dirancang untuk membantu pelajar mencapai objektif berikut:
1. Mendapat pendedahan secara langsung terhadap profesion serta aplikasi dalam bidang masing-masing.
2. Memberi peluang untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan para professional dari pelbagai bidang.
3. Menimba pengalaman bekerja di dalam suatu organisasi professional.
4. Membina daya kreativiti, kemahiran teknikal, interpersonal dan komunikasi.
5. Menjalin dan mengeratkan hubungan dengan ahli profesional di luar kawasan pengajian
6. Mengurus masa dengan cekap disamping mudah menyesuaikan diri kepada aplikasi kejuruteraan, teknologi, pengurusan terkini dan masa depan.
7. Memantapkan ilmu, teknik dan kemahiran menggunakan peralatan moden dalam bidang yang diceburi
8. Membina semangat dan keyakinan diri untuk menempuh cabaran dan persaingan selain dapat membina sifat amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi
No comments:
Post a Comment