Selamat Datang ke Laporan Akhir Latihan Industri Blog :) TERIMA KASIH ,SILA DATANG LAGI..

Saturday 13 February 2016

Penghargaan


            Segala pujian bagi Allah SWT pemilik sekalian alam, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, telah memberi keizinan saya untuk menyiapkan Laporan Latihan Industri ini, blog Laporan Latihan Industri ini adalah satu tanda penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memberi tunjuk ajar yang berguna semasa saya menjalani Latihan Industri, selama 20 minggu dari 30 November 2015 hingga 15 April 2016.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Enihcam Sdn.Bhd kerana sudi menerima saya untuk menjalani Latihan Industri di sana. Tidak lupa juga kepada semua juruteknik yang turut membantu dan memberikan tunjuk ajar, dan juga tidak dilupakan kepada rakan-rakan pelatih yang telah banyak membantu diri saya samada secara langsung mahupun tidak secara langsung dari segi teknikal atau kemahiran kepada saya sepanjang tempoh latihan saya.

              Penghargaan khusus saya tujukan kepada semua kakitangan di R&D yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada diri saya selama saya menjalani latihan. Segala ilmu pengetahuan yang telah di berikan telah pun saya karyakan ke dalam blog laporan ini sebagai tatapan kepada pembaca, serta tanda penghargaan saya kepada pihak Enihcam Sdn Bhd.

         Disamping itu, tidak dilupakan kepada pihak pengurusan Unit Latihan Industri Politeknik Balik Pulau kerana berusaha untuk menempatkan diri saya ke pusat Latihan Industri, terutamanya kepada Encik Affan dan Puan Afni (Penyelaras Latihan Industri Teknologi Maklumat). Tidak di lupakan juga penghargaan ini saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana selama saya menjalani Latihan Industri telah banyak memberi semangat, nasihat dan dorongan serta membantu saya dari segi kewangan pengangkutan.

                   Blog laporan ini akan digunakan untuk memaklumkan dan menyatakan segala pengalaman dan pengetahuan serta pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani Latihan Industri di Enihcam Sdn.Bhd . Penyediaan blog laporan Latihan Industri ini bukan sahaja penting untuk menentukan keputusan penuh Latihan Industri, malah ia secara amnya membuatkan pelajar-pelajar yang menjalani Latihan Industri ini menilai, bahawa bukan mudah untuk mengharungi alam pekerjaan tanpa pengalaman dan usaha yang gigih.

Akhirnya dapat juga saya menyiapkan blog Laporan Industri ini setelah tamat menjalani Latihan Industri selama lima bulan. Sehubungan dengan itu, saya berharap blog Laporan yang saya hasilkan ini dapat digunakan oleh pelajar-pelajar akan datang sebagai rujukan.

No comments:

Post a Comment