Selamat Datang ke Laporan Akhir Latihan Industri Blog :) TERIMA KASIH ,SILA DATANG LAGI..

Saturday 13 February 2016

Pendahuluan

Kemampuan untuk membina kecemerlangan dan daya usaha serta sikap bersaing adalah perlu kepada semua pelajar. Adanya latihan industri untuk semua pelajar Politeknik di Malaysia membuktikan kemampuan untuk mencipta kecemerlangan akan tercapai. Pihak Politeknik telah menetapkan bahawa setiap pelajar di semester empat (Diploma Pengaturcaraan) wajib menjalani latihan industri bagi memenuhi syarat kelayakan memiliki diploma.

Syarikat swasta atau badan-badan kerajaan perlu memberi kerjasama dalam menjayakan latihan industri supaya para pelajar dapat merasai alam pekerjaan sebenar. Tugasan yang pelajar perolehi dari tempat latihan industri merupakan amalan praktikal yang di pelajari secara teori sebelum ini. Tempoh yang di tetapkan oleh pihak Politeknik kepada para pelajar untuk menjalani latihan industri ialah selama lima bulan atau 20 minggu.

Secara tidak langsung, budaya berfikiran kreatif akan wujud dalam diri pelajar tersebut dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih berkesan. Pelajar dapat merasai sintuasi kerja berpasukan , tolong-menolong , serta mewujudkan perhubungan yang baik sesama pekerja. 

No comments:

Post a Comment