Selamat Datang ke Laporan Akhir Latihan Industri Blog :) TERIMA KASIH ,SILA DATANG LAGI..

Friday 15 April 2016

QC Test (Multimeter)

Pengenalan 

Alat pengujian digunakan untuk menguji sistem elektrik kenderaan dan juga untuk mencari sebarangan kerosakkan atau ketidaksempurnaan dalam sistem elektrik dan elektronik . Alat menguji elektrik digunakan bagi menguji litar , bateri , menguji rintangan , arus , voltan dan lain -lain lagi. Arus elektrik diukur menggunakan sukatan ampere (A) , Tekanan elektrik diukur dalam sukatan voltan (V) dan rintangan diukur dalam sukatan ohm 

Multimeter 

Multimeter atau multitester adalah alat untuk menyukat berbagai sukatan yang digabungkan dalam satu alat. Di mana ianya perlu dilaras bagi menyukat mengikut jenis kerja atau sukatan. Antara sukatan bacaan yang boleh disukat ialah menyukat arus elektrik (ampere). menyukat voltan (volt) dan menyukat rintangan ohm. Kuantiti tersebut diukur dengan menggunakan tiga alat ukur yang berlainan seperti meter volt, meter ampere , meter ohm.


Multimeter digital 


1. Kelebihan Multimeter Digital :-

-  Dapat membaca sehingga dua titik berpuluhan dan ketetapan lebih baik 
- Julat pelbagai bagi setiap pengukuran 

2. Langkah- Langkah :

a. Laraskan tombol ke julat bacaan ohm
b. Temukan kedua-dua prob positif dan negatif
c. Laraskan pelaras sifar ohm hingga ia menunjukkan bacaan sifar.

3. Cara mengukur tengangan DC power supply  :-

a. Atur Posisi Saklar Selektor ke DCV
b. Pilihlah skala sesuai dengan perkiraan tegangan yang akan diukur. Jika ingin mengukur 6 Volt, putar saklar     selector ke 12 Volt
c. Hubungkan probe ke terminal tegangan yang akan diukur. Probe Merah pada terminal Positif (+)       dan Probe Hitam ke terminal Negatif (-). Hati-hati agar jangan sampai terbalik.
d.Baca hasil pengukuran di Display Multimeter.
e. Jika ianya boleh berfungsi , lekatkan stiker ' qc passed '




No comments:

Post a Comment