Selamat Datang ke Laporan Akhir Latihan Industri Blog :) TERIMA KASIH ,SILA DATANG LAGI..

Saturday 16 April 2016

Kepentingan LI

 Kepentingan Latihan Industri

 Tanpa latihan industri, seseorang pelajar itu tidak akan mempraktikkan segala kemahiran yang telah diperolehi. Kes ini sekaligus akan menyukarkan pelajar untuk mencari pekerjaan. Ini kerana, kebanyakan majikan akan melihat dan menilai bakal pekerjanya dengan kemahiran dan pengalaman kerja yang telah dilaluinya sebelum ini.

Dengan adanya latihan industri, pelajar akan mendapat peluang pekerjaan dengan lebih mudah kerana telah memiliki pengalaman bekerja semasa latihan industri. Ia juga menjadikan pelajar berfikiran  lebih terbuka dan berpandangan jauh di dalam bidang yang diceburi.  Pelajar akan dapat melihat dan mendapatkan pengalaman di dalam bidang yang telah dipilih.

 Program yang dijalankan ini melahirkan tenaga separa mahir dan profesional seiring dengan sektor perindustrian terkini.  Lantaran tu, pelajar akan lebih bersemangat untuk berusaha dan berjaya selepas tamat latihan untuk mencari pekerjaan yang bagus dan seterusnya memberi komitmen menyeluruh di alam pekerjaan sebenar.

No comments:

Post a Comment